Tuesday, December 28, 2010

Kejadian 2010

Banyak benda yang berlaku pada tahun 2010.ala senang cerita ni compilation apa yang aku dah buat sepanjang tahun yang mampu aku ingat.kalau setakat makan minum mandi tengok porn tu tak perlu nak bagitau.tu namanya menyusahkan hidup nak type panjang-panjang.benda simple jangan bikin complicated.antara benda yang paling menarik:

ok.muka mintak penampar.tapi comel.masa ni birthday.best.sebab orang tersayang belanja.benda sedap.kenapa nak lepaskan.ye tak?

perjumpaan kawan sekolah rendah Gurney 2.lepas 11 tahun.baru jumpa balik.pergh.kira part paling bermakna.ah.lagi satu.lelaki yang hujung pakai baju kelabu tu ex-bf.bercinta time sekolah.takda apa.benda darah manis.hahaha.


di KLIA.bertolak ke UK.impian untuk belajar ke luar negara tercapai.yippie!

Pertama kali menjejakkan kaki ke Teesside University.Ya,universiti ni best gila!

Trip pertama ke York.


Trip kedua ke Newcastle.saya tahu anda jeles tak hingat!hahaha.


Trip ketiga ke Whitby.Menarik sebab sejuk gila.

Trip ke Nottingham Malaysia Games.Menarik sebab ramai melayu.lelaki hensem kat sini boleh pilih macam pilih ikan.pandai dan kacak.oh ya.kat sini kalau nak maki payah.sebab mereka paham bahasa yang selalu guna terutama bila nak maki mat saleh.haha

Perayaan raya haji pertama diluar negara.menangis tak sangat.sebab imam import baca ayat ape ntah.takbir takde.lama gila sampai aku lari kat dapur makan sorok-sorok.haha

Merasa nikmat autumn dan fall.

yaaaaaaaaaaaaaaa.ni namanya salji.best gila.tapi kaki boleh beku gila sebab pakai boot primark je.kaki kejang.pipi merah gila tapi orang kate comel *blushing*


ok.tu je perkara yang terhebat yang berlaku pada tahun 2010.sebenarnya banyak lagi.antara yang lain dapat spend time masa dengan kawan-kawan tersayang.terima kasih Intan,Pnut dan Hanis.anda bertiga sentiasa bersama aku bila susah dan senang.hanya tuhan je yang mampu membalas jasa korang.kita kawan sampai kiamat ye!untuk housemate di Perak dan Boro,korang best!!!

dapat bersama keluarga sepanjang tahun perkara paling best dalam dunia nie.terima kasih mak,abah,ada,ya,kelly,qis,luqman,atok,nenek,mak cik,pak cik,saudara mara dan anak sedara.korang terbaik!

dan yang terakhir sekali,untuk seseorang yang banyak membantu dan mendorong aku untuk jadi manusia yang terbaik."not only the best but also the greatest".wll remember that babe.dia sentiasa berada dengan aku bila ditimpa masalah dan masa gembira.i miss our time together.cendol,mamak,movie.i just miss u babe.you know who you are.

p/s:gila payah nak buat entri kali nie.report pun tak siap lagi.dem!

Monday, December 27, 2010

Azam Tahun 2011

semua oang tiba-tiba semangat nak berazam.tahun baru nak dekat.tapi mula-mula je.lepastu tengok la.azam ntah kemana tahun baru ntah kemana.tipu kalau aku tak berazam.tak remaja la kan kalau tak berazam.nanti boleh la post kat facebook.nanti orang like.pastu comment-comment.baru boleh jadi fames.ngeeeee.azam aku selalu macam orang-orang biasa la.nak jadi orang yang baik dari sebelum-sebelum ni,bla bla bla bla bla.yang pasti semua yang positif.sekarang ni aku nak tulis apa azam tahun baru.maaf.sini takde button like.

1.nak habis belajar
2.nak kerja
3.bungee jumping
4.sky diving
5.amik lesen motor
6.join atv club
7.hiking
8.beli kereta
9.mengorat anak orang kaya
10.beli macbook
11.nak kawen

sebenarnya dalam semua benda tu ada cara macam mana nak capai semua tu...first sekali abeskan nombor 1 lepastu pergi ke nombor 2 untung-untung dapat nombor 9 baru boleh capai hasrat nak buat nombor 3,4,5,6,7 dan 8.yang nombor 10 tu beli sendiri pon boleh.usaha sikit.lepastu kalau jodoh panjang,go on dengan nombor 11.settle.

p/s:sila angguk tanda setuju.

Wednesday, December 15, 2010

Rindu

Bulan ni je dah nak masuk 3 bulan lebih aku dah duduk dekat negara orang.tiba-tiba rasa rindu pulak suasana dekat Malaysia.paling rindu matahari.dekat sini kalau jumpa matahari rasa macam jumpa salji dekat Mines.sumpah aku tak tipu.aku sanggup cari punca rasa panas mana tu datang terus diri dekat matahari.ikutkan nafsu serakah maunya aku pakai bikini,bentang towel,pakai spek mata hitam besar sambil sapu losyen.memandangkan nafsu jenis boleh tahan,boleh lagi.

kedua aku paling rindu, mamak.pergh.penangan mamak dekat sini memang tak tahan.lagi-lagi kalau dapat meggi goreng telur mata dipotong pulak ayam goreng lepastu kasi letak kuah kari atas ayam goreng panas.pergh.meleleh.sini memang aku tak jumpa mamat berbulu misai tebal amik order macam orang pandai.mamak tetap dihati.sini makan dekat kedai arab macam makan dekat medan perang.makan laju sebab pak arab kalau aku datang kedai diaorang mesti diaorang pandang semacam."cantik minah ni.kalau buat isteri tak sia-sia"mungkin itu terdetik dihati mereka.atas pesanan mak, aku tetap cari melayu.

ketiga, aku paling rindu kawan-kawan.bukan dekat sini tak ada kawan,ada.lagi-lagi kawan rumah ni.Nad dengan Nadia ni dah buat macam aku rasa dirumah.gelakkan orang, mengumpat orang.sebab tu ilmu lambat nak masuk.nasib baik ada skype.boleh la hilangkan rasa rindu dekat kawan.kadang-kadang aku skype dengan Nad jugak.twitter pun dengan dia.facebook lagi la.YM boleh tahan jugak.MSN tak add lagi.akrabkan?rasa macam dah boleh declare dah.aku tak boleh nak listkan nama-nama kawan dekat sini.ramai sangat. (sebenarnya takut kecik hati.haha)

benda paling rindu mestila mak,abah,ada,ya,kelly,qis dengan luqman.7 makhluk ni memang sentiasa dirindui.betul orang kata.bila dah jauh baru rasa rindu.kalau tengok gambar nak menangis pun ada.kental sikit beb.jangan goyang sangat.takpe.aku balik nanti nahhhhh.jangan kata ijazah.dengan bakal suami sekali aku bawak balik.ntah-ntah bawak anak sekali.jenis tak menyempat.haha.bibik pun rindu jugak.atok dengan nenek pun rindu.senang cerita,rindu semua.

benda last yang paling rindu,boyfriend.rindu gile weh!

p/s:sekarang kira,berapa banyak perkataan rindu.

Tahniah Bebob!

aku buat entry ni khas untuk kau bebob.aku sanggup online dekat library semata-mata nak tengok apa kau comment dekat entry aku.rupanya seciput macam tahi hidung lembik kau.seciput.betul-betul seciput.tahniah kerana anda merupakan follower saya yang pertama dan satu-satunya follower saya.anda juga orang pertama comment entry aku.kalau aku terima lamaran kau dulu nak jadi girlfriend kau dulu mesti kita dah jadi keluarga bahagia kan?anak kita ntah-ntah dah berjaya sampai kemenara gading.takpe bebob.ade jodoh.adelah.doa lebih sikit.jangan bila susah baru ingat tuhan.ok bebob.aku syang kau lebih.kalau aku dapat pergi Anfield aku snap picture, aku tag nama kau.sayang lebih.bye.

p/s:ciom tak boleh.bukan muhrim.

Tuesday, December 14, 2010

via IPhone

Best jugak berblog sambil baring atas katil.muka tak cuci.berselimut tebal.dengar lagu jiwang.suhu bilik sejuk nak mati.perut berbunyi minta disuap sesuap nasi.pundi kencing dah start meronta-meronta ingin kebebasan.tapi malas.abaikan.kelas lagi 2 jam.tak mandi lagi.tak perlu.tak British la namanya.tapi bra kena pakai.nanti boleh gelebeh.petua katanya.petua.

p/s:kalau blog via iphone tak boleh ea?apps ada ke atau aku memang tak tau? (--')

Monday, December 13, 2010

hai blog

aku tak tau ni kali ke berapa aku buat blog ni.rasanya adelah dalam 4-5 kali macam tu.aku tak rajin cerita pasal diri sendiri.aku suka baca pasal orang dan yang paling penting, aku pun pandai mengata orang.mana pernah aku kutuk diri aku.aku melayu.memang true melayu.semua ciri-ciri melayu ade dekat ku.tak percaya?percayalah.aku tak tau nak tulis ape dah.ntah-ntah ni kang tunggu sampai berbulan.dah berkulat.kang aku buat account lain.sebab aku lupa.aku busy.dan yang paling penting sebab aku malas.sebab ape?sebab aku melayu.